Sunday, January 30, 2011

Majlis Persaraan PKHEM

En. Che Wan Amran b Che Wan Abdullah telah bersara pada 18 Januari 2011 setelah berkhidmat di SMK Kompleks Rantau Abang sejak tahun 2005. Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan hari persaraan beliau telah disambut meriah di sekolah.




klik sini untuk melihat gambar sekitar majlis tersebut

Monday, January 24, 2011

Salam Perpisahan ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. pada 18 Januari yang lalu, sekolah kita telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang sempena dengan persaraan Penolong Kanan HEM, En. Che Wan Amran bin Che Wan Abdullah. Pada hari yang sama, sekolah telah menerima surat pertukaran Ustazah Suraya bt. Mohd Nor ke SMK Seri Dungun. Selamat bersara dan selamat bertukar ke sekolah baru kepada En. Che Wan dan Pn. Suraya. Sesungguhnya kepergian tuan/puan berdua amat terasa sekali. Kita telah kehilangan 2 guru guru yang sama-sama membuka sekolah ini. Semoga pengorbanan dan kerja buat sepanjang berada di sekolah ini akan diberkati serta dilimpahi ganjaran yang setimpal oleh Allah. Harapan saya agar SMK Kompleks Rantau Abang tetap dihati kalian dan sudi-dsudikan menjengok kami apabila kelapangan. terima kasih.





Pengetua,
SMK Kompleks Rantau Abang.

Tuesday, January 11, 2011

BICARA PENGETUA

Ucapan dan Harapan Tahun Baru 2011


Assalamu alaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua warga SMKKRA yang dihormati dan disayangi. Masih belum terlambat untuk saya merakamkan ucapan selamat memasuki tahun baru 1432 Hijrah @ 2011 Masihi. Semoga pada tahun ini, kita diberi kesihatan, kemudahan dan keberkatan yang berterusan oleh Allah s.w.t





Sempena dengan kedatangan tahun baru, seharusnya kita sama-sama menanamkan azam baru, tekad dan semangat baru. Azam baru yang meliputi aspek-aspek diri kita, keluarga, kerjaya dan tugasan hakiki kita.



Menyentuh kepada azam dan semangat dalam aspek kerjaya dan tugasan hakiki kita, saya selaku orang yang diamanahkan untuk mempastikan keberkesanan dan kecekapan hasil bagi sekolah ini mengharapkan agar kita bersama-sama berganding bahu, seia sekata meneruskan tugasan hakiki kita dengan lebih bersemangat dan tanpa mengenal erti kekecewaan. Selagi kita bernama seorang guru, tugas kita kekal mendidik anak didik kita. Kita mempunyai 3 peranan utama iaitu (1) menarik minat pelajar-pelajar kita supaya mereka ingin belajar, (2) memberi pengajaran kepada mereka dan (3) memberikan pendidikan nilai kepada mereka.



Bagi menarik minat pelajar-pelajar untuk belajar, saya percara guru-guru mempunyai pelbagai strategi dan cara. Gunakan kreativiti guru untuk mempastikan pelajar-pelajar merasai kehadiran kita. Apakah ciri-ciri yang ada pada cikgu-cikgu yang pernah mengajar kita sehingga kita masih lagi ingat kepada mereka?



Tugas mengajar sekali pandang dianggap satu tugas yang mudah. Tetapi pernahkah kita cuba membuat refkleksi diri dengan meletakkan diri kita sebagai seorang pelajar? Bayangkan bagaimana keadaan pelajar yang terpaksa duduk di kerusi mereka dalam tempoh 2-3 jam di dalam kelas. Tentu menyiksakan. Lebih menyiksakan jika tiada unsur-unsur gurauan, guru sentiasa serius dan penuh ketegangan dan tekanan. Tentu merimaskan lebih-lebih lagi bagi seorang remaja yang mempunyai tenaga yang lebih. Saya amat mengharapkan agar guru mempunyai teknik penyampaian yang boleh menyebabkan pelajar faham dan terus memberikan tumpuan kepada pengajaran guru. Gunakan segala ilmu pedagogi yang telah dipelajari, melalui perkongsian pengalaman serta melalui refleksi dan kajian tindakan.



Semasa di dalam kelas, guru adalah fokus utama pelajar. Pengajaran nilai kepada pelajar yang paling berkesan dapat dilaksanakan adalah secara tidak langsung iaitu melalui contoh teladan dan model yang ditunjukkan oleh guru. Melalui gerak badan, tutur bicara dan perlakuan yang ditunjukkan oleh seseorang guru di hadapan pelajar, ia boleh memberi pengaruh yang besar kepada jiwa dan pandangan hidup pelajar.



Akhir bicara, semoga peranan kita sebagai cikgu akan benar-benar berfungsi dan menjadi
penyumbang kepada kejayaan masa depan anak didik kita. Insya Allah.



Selamat tahun baru dan selamat bertugas.... Wassalam.



"GEMILANG BERSAMA"

"MELESTARIKAN KETERBILANGAN PENDIDIKAN"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"



Daripada,


MOHD ALIZIYAD BIN ABAS

Pengetua

SMK Kompleks Rantau Abang.

11.1.11


Monday, January 3, 2011

Keputusan PMR 2010

Tahniah kepada pelajar - pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam PMR 2010.
Dari Kiri: En. CW Amran Bin CW Abdullah (PKHEM), En. Husin Bin Mohd Noor (PK-Pentadbiran), En. Bidi (Pengerusi PIBG SMKKRA), En. Aliziyad Bin Abas (Pengetua)
Syawani bt Abdul Aziz (7A1B), Nur Nasuha bt Alias (8A), Fahirah bt Johari (8A)
Fahirah dan Nasuha