Thursday, October 27, 2011

Program Simulasi Haji


Alhamdulillah, tanggal 24 Oktober 2011, kursus simulasi Haji telah dijalankan di SMK Kompleks Rantau Abang. Ustaz Wan Ahmad Sufian telah sudi membimbing pelajar dan guru-guru mengenai rukun dan wajib haji kemudiannya disusuli dengan aktiviti simulasi dan kuiz. Program anjuran bersama Panitia Pendidikan Islam dan Lembaga Tabung Haji Daerah Dungun diharapkan dapat memberi sedikit sebanyak ilmu tentang fardu haji kepada warga sekolah

Wednesday, September 28, 2011

JADUAL PEPERIKSAAN PMR 2011

Wednesday, August 10, 2011

Belajar IT : Mail Merge

Klik sini untuk tutorial

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan


KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

Sunday, July 31, 2011

Percubaan PMR 2011

Peperiksaan Percubaan PMR akan berlangsung bermula 31 Julai 2011 hingga 4 Ogos 2011

Sunday, July 10, 2011

SSQS

Portal ini dibangunkan bertujuan untuk menempatkan aplikasi-aplikasi pemantauan yang akan digunakan di sekolah bagi membolehkan pihak Kementerian Pelajaran, khususnya di Bahagian Teknologi Pendidikan mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan ICT di sekolah. Setakat ini, terdapat dua aplikasi utama telah ditempatkan di dalam portal ini iaitu Sistem Smart School Qualification Standards dan Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah.

Thursday, June 30, 2011

Larian 1Murid 1Sukan 1 Malaysia

Pelaksanaan Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1 Malaysia akan diadakan seperti maklumat berikut:



Tarikh : 2 Julai 2011 (Sabtu)

Masa : 7.45 pagi

Tempat : Sekolah masing-masing

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada semua guru

"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"

Thursday, April 14, 2011

Brosur Sekolah bagi tahun 2011





download format pdf [download]

Monday, April 11, 2011

Kejohanan Bola Sepak MSSD 2011






"Tahniah kepada pasukan bola sepak bwh 15 tahun atas kecemerlangan menjuarai Kejohanan Daerah dungun 2011. Tahniah juga kepada PK. Ko, Cg. Zul, S/U Sukan Cg. Yusri serta jurulatih Cg. Hamdi, Cg. Zaini dan guru-guru yang memberikan sokongan padu. Semoga SMKKRA terus mengungguli untuk tahun-tahun seterusnya. Terima kasih" -- Pengetua, SMK Kompleks Rantau Abang


Sila layari facebook sekolah untuk melihat gambar

Wednesday, March 23, 2011

Keputusan SPM 2010

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 boleh diperolehi daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi 23 Mac 2011 ini. Manakala calon persendirian akan menerimanya melalui pos.


Semakan SPM Secara SMS

Keputusan SPM 2010 boleh disemak melalui sms. Semakan SMS keputusan SPM 2010 boleh dibuat bermula dari jam 10:00 pagi 23 Mac 2011 sehingga jam 12 tengahmalam 30 Mac 2011.

Format Semakan SMS

Cara untuk membuat semakan adalah dengan menaip SPM SEMAK [nombor MyKad] [Angka Giliran SPM] dan sms ke 15888.

Contoh: SPM SEMAK 900104086077 BC0001A040 sms ke 15888.

Thursday, March 10, 2011

JADUAL KEM LONJAKAN AKADEMIK TINGKATAN 3

MASA : 8.00 PAGI - 1.00 PETANG


HARI SABTU
- 12 MAC 2011




Pemantau
: Pn Nozana Bt Ab Ghani




Urusetia
: 1. Pn Hasmat Bt Mohamed



        2. Pn Noriham Bt Said





MASA : 8.00 PAGI - 1.00 PETANG


HARI AHAD
- 13 MAC 2011




Pemantau
: Pn Zuraini Bt Ab Kadir





Urusetia
: 1. Pn Norhidayah Bt Mustafa



        2. Pn Noraida Bt Rashid



MASA : 8.00 PAGI - 1.00 PETANG

HARI ISNIN
- 14 MAC 2011



Pemantau
: En Hussin B. Mohd Nor



Urusetia
: 1. Pn Rozita Bt Musa


          2. En Azra B. Mohammad


  • Guru-guru yang tidak dapat hadir kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan di minta menguruskan pengganti.
  • Tugas Urusetia :
  1. Menyemak kehadiran pelajar
  2. Memastikan pengagihan makanan dibuat berdasarkan bilangan pelajar yang hadir mengikut kelas.







JADUAL KELAS TAMBAHAN TINGKATAN 3



MASA : 2.30 - 3.50 PETANG


MINGGU 1

MINGGU 2

MINGGU 3

  • Sila uruskan pengganti sekiranya guru tidak dapat mengajar pada tarikh-tarikh berkenaan.





Anti virus Kaspersky 2011

Anti virus Kaspersky 2011 bagi sekolah yang melanggan internet TM Sahaja

  • Uninstall Kaspersky yang telah expired tempoh lesen: download
  • Kaspersky 2011 : download

Wednesday, February 23, 2011

Kejohanan Olahraga Kali ke 3

Kejohanan Olahraga Kali ke 3 SMK Kompleks Rantau Abang

Tarikh : 16 - 17 Februari 2011

Tempat : Padang SMK Kompleks Rantau Abang

Acara :


  1. 100 m (L15, P15, L15, L18)
  2. 200 m (L15, P15, L15, L18)
  3. 400 m (L15, P15, L15, L18)
  4. 4x100 m (L15, P15, L15, L18)
  5. 4x400 m (L15, P15, L15, L18)
  6. Lompat Jauh (L15, P15, L15, L18)
  7. Lompat Tinggi (L15, P15, L15, L18)
  8. Lontar Peluru (L15, P15, L15, L18)
  9. Lempar Cakera (L15, P15, L15, L18)












Sila lawati facebook sekolah untuk melihat lain - lain gambar

Sunday, January 30, 2011

Majlis Persaraan PKHEM

En. Che Wan Amran b Che Wan Abdullah telah bersara pada 18 Januari 2011 setelah berkhidmat di SMK Kompleks Rantau Abang sejak tahun 2005. Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan hari persaraan beliau telah disambut meriah di sekolah.




klik sini untuk melihat gambar sekitar majlis tersebut

Monday, January 24, 2011

Salam Perpisahan ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. pada 18 Januari yang lalu, sekolah kita telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang sempena dengan persaraan Penolong Kanan HEM, En. Che Wan Amran bin Che Wan Abdullah. Pada hari yang sama, sekolah telah menerima surat pertukaran Ustazah Suraya bt. Mohd Nor ke SMK Seri Dungun. Selamat bersara dan selamat bertukar ke sekolah baru kepada En. Che Wan dan Pn. Suraya. Sesungguhnya kepergian tuan/puan berdua amat terasa sekali. Kita telah kehilangan 2 guru guru yang sama-sama membuka sekolah ini. Semoga pengorbanan dan kerja buat sepanjang berada di sekolah ini akan diberkati serta dilimpahi ganjaran yang setimpal oleh Allah. Harapan saya agar SMK Kompleks Rantau Abang tetap dihati kalian dan sudi-dsudikan menjengok kami apabila kelapangan. terima kasih.





Pengetua,
SMK Kompleks Rantau Abang.

Tuesday, January 11, 2011

BICARA PENGETUA

Ucapan dan Harapan Tahun Baru 2011


Assalamu alaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua warga SMKKRA yang dihormati dan disayangi. Masih belum terlambat untuk saya merakamkan ucapan selamat memasuki tahun baru 1432 Hijrah @ 2011 Masihi. Semoga pada tahun ini, kita diberi kesihatan, kemudahan dan keberkatan yang berterusan oleh Allah s.w.t





Sempena dengan kedatangan tahun baru, seharusnya kita sama-sama menanamkan azam baru, tekad dan semangat baru. Azam baru yang meliputi aspek-aspek diri kita, keluarga, kerjaya dan tugasan hakiki kita.



Menyentuh kepada azam dan semangat dalam aspek kerjaya dan tugasan hakiki kita, saya selaku orang yang diamanahkan untuk mempastikan keberkesanan dan kecekapan hasil bagi sekolah ini mengharapkan agar kita bersama-sama berganding bahu, seia sekata meneruskan tugasan hakiki kita dengan lebih bersemangat dan tanpa mengenal erti kekecewaan. Selagi kita bernama seorang guru, tugas kita kekal mendidik anak didik kita. Kita mempunyai 3 peranan utama iaitu (1) menarik minat pelajar-pelajar kita supaya mereka ingin belajar, (2) memberi pengajaran kepada mereka dan (3) memberikan pendidikan nilai kepada mereka.



Bagi menarik minat pelajar-pelajar untuk belajar, saya percara guru-guru mempunyai pelbagai strategi dan cara. Gunakan kreativiti guru untuk mempastikan pelajar-pelajar merasai kehadiran kita. Apakah ciri-ciri yang ada pada cikgu-cikgu yang pernah mengajar kita sehingga kita masih lagi ingat kepada mereka?



Tugas mengajar sekali pandang dianggap satu tugas yang mudah. Tetapi pernahkah kita cuba membuat refkleksi diri dengan meletakkan diri kita sebagai seorang pelajar? Bayangkan bagaimana keadaan pelajar yang terpaksa duduk di kerusi mereka dalam tempoh 2-3 jam di dalam kelas. Tentu menyiksakan. Lebih menyiksakan jika tiada unsur-unsur gurauan, guru sentiasa serius dan penuh ketegangan dan tekanan. Tentu merimaskan lebih-lebih lagi bagi seorang remaja yang mempunyai tenaga yang lebih. Saya amat mengharapkan agar guru mempunyai teknik penyampaian yang boleh menyebabkan pelajar faham dan terus memberikan tumpuan kepada pengajaran guru. Gunakan segala ilmu pedagogi yang telah dipelajari, melalui perkongsian pengalaman serta melalui refleksi dan kajian tindakan.



Semasa di dalam kelas, guru adalah fokus utama pelajar. Pengajaran nilai kepada pelajar yang paling berkesan dapat dilaksanakan adalah secara tidak langsung iaitu melalui contoh teladan dan model yang ditunjukkan oleh guru. Melalui gerak badan, tutur bicara dan perlakuan yang ditunjukkan oleh seseorang guru di hadapan pelajar, ia boleh memberi pengaruh yang besar kepada jiwa dan pandangan hidup pelajar.



Akhir bicara, semoga peranan kita sebagai cikgu akan benar-benar berfungsi dan menjadi
penyumbang kepada kejayaan masa depan anak didik kita. Insya Allah.



Selamat tahun baru dan selamat bertugas.... Wassalam.



"GEMILANG BERSAMA"

"MELESTARIKAN KETERBILANGAN PENDIDIKAN"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"



Daripada,


MOHD ALIZIYAD BIN ABAS

Pengetua

SMK Kompleks Rantau Abang.

11.1.11


Monday, January 3, 2011

Keputusan PMR 2010

Tahniah kepada pelajar - pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam PMR 2010.
Dari Kiri: En. CW Amran Bin CW Abdullah (PKHEM), En. Husin Bin Mohd Noor (PK-Pentadbiran), En. Bidi (Pengerusi PIBG SMKKRA), En. Aliziyad Bin Abas (Pengetua)
Syawani bt Abdul Aziz (7A1B), Nur Nasuha bt Alias (8A), Fahirah bt Johari (8A)
Fahirah dan Nasuha