Thursday, January 21, 2010

Kejohanan Merentas Desa 2010 SMKKRA

Pada 21 Januari 2010, SMK Kompleks Rantau Abang telah menganjurkan satu
kejohanan larian merentas desa peringkat sekolah. Kejohanan ini diadakan untuk
mencari bakat - bakat baru dalam larian jarak jauh. Walaupun keadaan cuaca pada
pagi tersebut hujan, namun acara ini mendapat sambutan yang menggalakan daripada
pelajar - pelajar SMKKRA. Acara ini diadakan mengikut rumah sukan iaitu
Temenggung, Laksamana, Bendahara dan Panglima.




Sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan pada kejohanan kali ini iaitu L18,
P18, L15 dan P15. Juara setiap kategori mendapat sebuah basikal setiap seorang.
Pada kejohanan ini Rumah Panglima telah menjuarai pertandingan diikuti Rumah
Bendahara, Rumah Laksamana dan Rumah Temenggung. Tahniah kepada pemenang, kepada
yang lain, cuba lagi dalam pertandingan akan datang.



Sapa nak nombor satu angkat tangan ! Cikgu nok beri nih...........

Sabo! Sabo! Sabo! Tarik nafas dulu! Jangan berebut neh..........

Sunday, January 17, 2010

Penolong Kanan Pentadbiran yang baru

Warga sekolah mengucapkan selamat datang kepada En. Husin bin Mohd Noor selaku Penolong Kanan Pentadbiran yang baru. Beliau melaporkan diri pada17 Januari 2010. Selamat bertugas

Friday, January 15, 2010

Sambutan Maal Hijrah dan Hadiah Kecemerlangan PMR 2009

Berikut adalah senarai Pelajar Terbaik PMR 2009

  1. Tengku Norfazila bt Tengku Ahmad (8A)
  2. Hazirah bt Abd Ghani (7A1B)
  3. Nabilah bt Abu Bakar (7A1B)
  4. Mohd Izzat b Nordin (6A2B)
  5. Raizatul Mariam bt Abdul Rahim (5A3B)
  6. Erralia bt Safie (5A3B)
  7. Irfan Fikri b Azni (5A3B)
  8. Nor Afifah bt Mohamed (5A2B1C)
  9. Sabariah bt Alias (5A2B1C)
  10. Nadhirah bt Zainuddin (5A2B1C)

Klik disini untuk melihat analis PMR 2005 - 2009



Let the pictures tell the story

Tuesday, January 5, 2010

Perutusan Tahun Baru KPM 2010 di Eduweb TV

Siaran Langsung Perutusan Tahun Baru KPM 2010 di Eduweb TV


Semua warga pendidik adalah dijemput untuk menonton rancangan siaran langsung berikut di saluran Siaran Langsung EduwebTV:-

Perkara:
MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BARU 2010
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Tarikh:
7 JANUARI 2010

Masa:
8.40 PAGI – 11.00 PAGI

Tempat:
DEWAN PLENARI, PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC)

Alamat URL:
http//www.eduwebtv.com

Friday, January 1, 2010

Sejarah Sekolah

Dibuka pada 16 Jun 2004





Pelajar awal dari SMK Pulau Serai.


Bilangan kelas:


2 Kelas Tingkatan 4


2 Kelas Tingkatan 2


2 Kelas Tingkatan 1


Jumlah pelajar 179 orang





Guru 14 orang


1 - Pembantu Tadbir


1 - Pembantu Makmal


1 - PAR


14 - Pekerja Swasta


2 - Pengawal Keselamatan





30 Bilik Darjah


Makmal Kimia, Fizik dan Biologi


Makmal Bahasa


Bengkel KHB, ERT


Bilik Sukan/Persalinan


Bilik Muzik


Bilik Peperiksaan


Makmal Komputer


Surau


Bilik Rawatan & Kesihatan

logo







Link









egtukar




eduweb






bpk