Thursday, January 21, 2010

Kejohanan Merentas Desa 2010 SMKKRA

Pada 21 Januari 2010, SMK Kompleks Rantau Abang telah menganjurkan satu
kejohanan larian merentas desa peringkat sekolah. Kejohanan ini diadakan untuk
mencari bakat - bakat baru dalam larian jarak jauh. Walaupun keadaan cuaca pada
pagi tersebut hujan, namun acara ini mendapat sambutan yang menggalakan daripada
pelajar - pelajar SMKKRA. Acara ini diadakan mengikut rumah sukan iaitu
Temenggung, Laksamana, Bendahara dan Panglima.




Sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan pada kejohanan kali ini iaitu L18,
P18, L15 dan P15. Juara setiap kategori mendapat sebuah basikal setiap seorang.
Pada kejohanan ini Rumah Panglima telah menjuarai pertandingan diikuti Rumah
Bendahara, Rumah Laksamana dan Rumah Temenggung. Tahniah kepada pemenang, kepada
yang lain, cuba lagi dalam pertandingan akan datang.



Sapa nak nombor satu angkat tangan ! Cikgu nok beri nih...........

Sabo! Sabo! Sabo! Tarik nafas dulu! Jangan berebut neh..........

2 comments:

SMK Kompleks Rantau Abang said...
This comment has been removed by the author.
Admin said...

Boleh komen kat sini.. kalau ada cadangan utk website, kat home klik hubungi kami

Post a Comment